IPOH: Umat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan berita penetapan Aidilfitri di negara lain yang mendakwa 1 Syawal akan jatuh pada Jumaat, 21 April ini.
Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim berkata penetapan 1 Syawal di negara ini berdasarkan Ikmanur Rukyah (kebolehnampakan anak bulan Syawal) yang bergantung kepada cerapan yang akan dilakukan 20 April nanti.
"Tiada isu sebenarnya pada tahun ini kerana menurut data yang diperoleh dan diukur, amat sukar untuk kita melihat anak bulan di tempat kita (Malaysia).
"Namun, masyarakat terkesan dengan sumber-sumber dari negara luar yang sudah tentu ukuran anak bulannya berbeza-beza, umur bulan juga berbeza," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pemberian Kelengkapan Baju Raya kepada Asnaf bersama Yayasan Ikhlas di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.
Sebelum ini, terdapat kegusaran rakyat Malaysia terhadap berulangnya sejarah 'raya terkejut' seperti tahun lepas dan spekulasi 1 Syawal pada Jumaat 21 April ini tular menerusi media sosial akhir-akhir ini.
Sementara itu, Zamri berkata umat Islam dinasihat menunggu pengisytiharan Majlis Raja-Raja pada malam 20 April dan bersatu hati meraikan 1 Syawal seperti diumumkan nanti.
"Ikutlah apa yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja iaitu pada malam ke-29 bagi pengumuman tersebut.
"Jangan panik kerana raya terkejut atau tidak, yang penting adalah kita mematuhi rukun dengan bertakbir dan melakukan solat sunat Aidilfitri. Kita tumpu hari raya sebagai ibadah.
"Kewajipan pemerintah adalah untuk melihat syiar Islam ditegakkan kerana kita perlu memastikan umat Islam bersatu padu.
"Kita tidak mahu berlaku seperti di negara lain yang tarikhnya berbeza- beza seperti pada sekitar tahun 80-an sehinggakan Majlis Raja-Raja telah membuat satu ketetapan standard agar dapat dipatuhi oleh semua umat islam di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini. -Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.